Skip to main content

Melahirkan guru celik IT

Artikel ini saya peroleh ketika browsing hari ini, menarik memang guru celik IT... ehmmmm andai saja semua guru dinegeri ini memang menyatu dengan IT. tentu saja pendidikan akan berjalan semakin bagus dan up to date, ga terkesan selama ini kebanyakan guru-guru kita (maaf yang di luar jawa) masih terkesan gaptek....

baca lebih jelasnya artikel berikut, dan selamat membaca ya...!

PADA masa lalu, dasar pendidikan negara menekankan pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan sekali gus menjadi wadah perjuangan bangsa. Fokus penekanan itu adalah ke arah menentukan kedudukan ekonomi dan sosio-budaya. Kini, segalanya sudah berubah dan isu perjuangan itu sudah berlalu. Malah, isu itu dianggap 'lapuk'. ZAILIANI TASLIM memperkata masalah ini.

HARI ini, faktor global menuntut permuafakatan dimensi dan strategi baru. Dimensi baru dalam dunia pendidikan negara ini mempunyai prospek yang cukup luas menjadi pusat pendidikan serantau dan antarabangsa menuntut pengorbanan yang lebih gigih daripada masyarakat guru. Sepanjang dekad 1980-an dan 1990-an, komputer digunakan dalam kerja penyelidikan dan pembangunan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sangat pintar dan berkesan bagi mendapatkan maklumat serta data dengan begitu cepat dan tepat. Interpolasi komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan pelbagai bahan pelajaran.
Oleh itu, dirasakan begitu sesuai dan mendesak perkembangan dalam dunia teknologi diikuti oleh guru. Kemahiran menggunakan komputer dianggap suatu keperluan utama yang mesti dimasukkan dalam slot program latihan guru. Malah, mengenal pasti perisian komputer di pasaran yang akan digunakan pelajar di makmal atau bengkel pembelajaran, menjadi sebahagian lagi kemahiran yang wajar dikuasai.

Guru pada abad akan datang lebih bergantung kepada bantuan komputer untuk menilai keberkesanan sesuatu metodologi pengajaran mereka. Misalnya, komputer akan digunakan untuk menganalisis keputusan ujian. Dengan bantuan komputer juga, kaedah penilaian dapat diubah suai dengan segera agar dapat diserasikan dengan pelanggannya.
Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap dunia perguruan dan pendidikan memang semakin terasa bahangnya. Betapa tidak, ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem politik negara tidak dapat tidak menuntut pewujudan konsep pendidikan bercirikan saintifik dan teknologi. Kini, gagasan kurikulum sedemikian yang sudah dibentang pada peringkat kementerian adalah sesuatu yang proaktif.

Berada di atas wahana kurikulum kreatif, martabat bidang perguruan bukan saja diangkat, malah secara senyap teruji sebagai sebahagian unit penghasil sumber manusia. Pada bahu guru dibebani tanggungjawab tidak langsung untuk menentukan warga masa depan serba canggih dan berketrampilan sebagai mekanisme, jentera, penggerak projek negara.
Bidang pendidikan dan perguruan tidak dapat memencilkan diri dengan berada dalam 'zon selesa' atau kepompong kelasnya yang tersendiri. Dalam pada menghadapi era Malaysia menjadi negara perindustrian raksasa yang maju selepas Y2K (Tahun 2000) fungsi dan tugas guru masih dominan ke arah penyediaan lepasan sekolah yang produktif dan sesuai dengan zamannya.
Tanggungjawab ini dirasakan cukup berat kerana warga futuristik yang mahu dihasilkan itu bukan saja perlu diterapkan dengan pemikiran dan teknologi tinggi semata-mata, tetapi perlu diseimbangkan dengan nilai, moral dan etika murni sekali gus sebagai 'insan ul kamil', bukan robotik.

Aspirasi kerajaan untuk menerapkan kuasa pendidikan pada jiwa dan minda masyarakat pada dekad depan memerlukan sokongan padu daripada masyarakat guru sendiri. Jika guru gagal menghadapi cabaran itu, akan bercelarulah imej guru selaku penyebar ilmu. Amat malang apabila tercetusnya sindrom Johnny tidak boleh membaca dalam versi moden. Kes ini juga akan mendedahkan betapa tidak bersedianya angkatan manusia guru untuk menghadapi cabaran pada dekad mendatang.

Bagi mengatasinya, suatu reformasi jangka pendek dan panjang yang komprehensif adalah perlu. Kementerian Pendidikan memang sudah menyediakan kerangkanya. Persoalan lebih penting ialah sudah bersediakah guru yang berwibawa menyusun strategi? Sejauh mana pula langkah proaktif yang mereka ambil? Dilihat secara menyeluruh pula, mampukah nanti sistem pendidikan formal atas tiket Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) menghasilkan golongan pelajar elitis?
Apa yang nyata, demi mendepani dekad (juga alaf) akan datang guru harus melampaui lebih daripada 'anjakan paradigma' dan 'lompatan saujana'.

Dalam reformasi, kita mahu menyaksikan suatu jurang perbezaan yang demikian lebar dari era Cikgu Ahmad Kotot menuju ke era Cikgu Futuristik. Apakah perguruan yang dicatatkan sejarah sebagai kerjaya tertua, setua peradaban manusia itu sendiri terus diperlukan walaupun dunia kini menembusi era teknologi maklumat (IT) yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan komputer? Apakah masyarakat pascamoden tidak mendesak agar manusia guru digantikan dengan komputer dalam keadaan pelbagai perubahan dunia yang diramal berlaku secara revolusi?

Bagaimanapun, secara waras dapat dibuat andaian barangkali cuma fungsi guru dari segi mekanikal saja yang perlu diubah kerana pada masa akan datang mereka harus memainkan fungsi lebih canggih; menjadi juara pencipta perisian pendidikan berkomputer selari dengan prinsip dan falsafah negara kontemporari.

Bagi menyediakan guru dengan pengetahuan komputer secara teori tidak mustahil atau terlalu retorik kerana sekarang pun sudah ada pelbagai pakej latihan ke arah itu. Cuma yang perlu ialah suatu dasar khusus berfokuskan peningkatan kemahiran dan keupayaan calon guru secara lebih agresif dalam metodologi P & P berorientasikan komputer. Matlamat akhirnya ialah suatu konsep Sekolah Bestari akan wujud.

Cabaran perguruan sebenar yang jelas ialah menghadapi era kemodenan mutlak. Ini kerana sejak lama ia semacam bersifat ortodoks sedangkan pelajar pada zaman teknologi maklumat mulai dekad ini menerima input pembelajaran dalam pelbagai format multimedia dan format lain lebih dinamik. Mereka dididik menyerap input pembelajaran dengan aliran dan corak yang sama sekali baru melalui Internet. Mereka berinteraksi dengan guru masing-masing menggunakan mel elektronik (e-mel) pada hujung minggu atau meraih maklumat bagi menyelesaikan kerja rumah di Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan bantuan laman web.
Pastilah dunia kertas apatah lagi era kapur dan cakap seperti yang masih dipusakai hingga ke hari ini tidak sesuai lagi lebih-lebih lagi apabila perisian tercanggih menandingi keantikan bahan bercetak seperti buku teks, buku ulang kaji, lembaran latihan, set ujian, bahan pembelajaran penilaian dan sebagainya. Jika demikian, pasti martabat guru sebagai pendenyut bidang ilmu yang utama menjadi lebih hebat dan diramal buku rekod (Buku Persediaan Mengajar) guru akan digantikan dengan format cakera padat (CD).

Warga abad depan yang menjadi kesinambungan generasi hari ini adalah generasi baru yang progresif dibentuk oleh perubahan zaman. Cita rasa dan selera pendidikan mereka lebih kritis. Inilah sebahagian daripada cabaran zaman moden yang harus juga dilalui oleh guru, kerana apabila pelanggan analitikal, input pendidikan yang disodorkan wajarlah lebih mencabar. Semoga sebahagian besar guru yang mungkin masih 'dilamun nostalgia' tidak terus menjaja ego berada di takuk lama.

Keterkejutan menghadapi cabaran hari muka pasti mengecewa dan membuatkan mereka gagal memberi reaksi dan beraksi positif. Oleh itu guru dituntut agar responsif secara konsisten. Prestasi mereka lebih mudah disukat: misalnya berapa banyak perisian baru yang dimanipulasikan dalam sesi P & P.

Biarlah disiniskan era moden tiada berkompromi dengan dunia pendidikan, tetapi kecekalan, keakuran menghadapi era yang sarat dengan segala macam kesulitannya itu yang dapat memberi peluang guru terus bernafas segar dan menegakkan bendera kerjayanya. Hakikatnya, semaju mana pun dunia, manusia guru tetap menggalas amanah bahawa perjuangan mereka adalah suatu ibadah. Oleh itu, selagi prinsip semurni itu terus dijunjung, maruah pendidikan tidak dapat dipersendakan.

Pertanyaan yang mungkin menjadi igauan guru ialah "Apakah benar teknologi akan mengambil alih fungsi guru dan perguruan itu sendiri?" Malah, apabila segelintir masyarakat mendesas-desuskan: "Apakah sesuai guru pada masa depan?" ia sedikit banyak menimbulkan kebimbangan guru dan sindiran ini memang menjadi gangguan mental. Dalam pada ini dilema "Benarkah teknologi akan menggantikan guru secara muktamad?" terus menghantui cendekiawan itu. Andaian ini wujud mengenangkan variasi elektronik dunia penerbitan melalui lebuh raya maklumat Internet dapat diikuti oleh massa lebih luas, termasuk pelajar.
Ini menjadi realiti tatkala peralatan yang sekian lama mendasari urusan pembelajaran pelajar hapus di pasaran. Hanya apabila terbit pertanyaan resah berapa lama lagi ia akan menjadi realiti, memang sukar dijangka. Namun fenomena ini dengan sendirinya akan membuatkan guru menjadi makhluk asing pada arena pendidikan kalau mereka tidak berusaha untuk berubah.
Sekurang-kurangnya mulai kini mereka sudah bersedia mendepani reformasi pendidikan yang drastik ini. Jadi, tanggapilah dengan proaktif potensi masa depan dalam dunia pendidikan itu sebagai suatu rahmat. Jangan salahkan mana-mana pihak akibat kegagalan kaum guru menempatkan diri mereka pada kedudukan yang tepat menyebabkan mereka terpinggir. Tamadun masa depan yang berkembang demikian pesat akan mencicirkan sesiapa jua yang miskin persediaan (minda, sikap dan ketrampilan mekanis) untuk seiringan dengan arus perdana eranya. Barangkali inilah balasan negatif kepada sesiapa yang meremehkan teknologi. Implikasinya mereka akan ketinggalan dan ditinggalkan. Pada keadaan inilah begitu kerdilnya masyarakat guru dalam usaha merenangi lautan cabaran masa depan yang sebenarnya sudah pun bermula.

taken from: http://161.139.39.251/akhbar/Teaching/1998/bh98908.htm

Comments

Popular posts from this blog

Anakku sakit

seminggu yang lalu istriku sakit ditambah 1 minggu lebih putriku sakit, dan 3 hari harus opname dirumah sakit, keceriaanya hilang, tak ada lagi suara tawa candanya yang tiap pagi selalu berkicau, gerak-geraknya pun melemah... namun demikian ada begitu banyak hikmah yang dapat kupetik saat sakitnya, selain sakit memang merupakan Takdir dari Alloh Azza Wajalla… PERTAMA, mungkin dari apa-apa yang dimakannya ada terdapat hal-hal yang haram/syubhat sumbernya, sehingga ini memberikan hikmah bagaimana agar aku lebih berhati-hati dalam membelanjakan uang untuk keperluan nafkah anak dan istri. KEDUA, mungkin dalam pemilihan bahan makanan dan air kami selaku ayah dan ibu tidak teliti dengan membeli air sembarang saja tanpa memperhatikan higienitas, kesehatan sehingga Alloh menegur dengan member sakit di pencernaanya. dari kejadian ini kami akan berhati-hati dan selektif memilihkan bahan makanan dan minuman untuknya. KETIGA, mungkin selama ini kami terlena kehadirannya yang ter...

Belajar dari mereka yang tepat.... (part 1)

Membaca dan mengagumi beberapa karyanya, membaca TL di twitterya sampai beberapa waktu yang lalu saya mengikuti seminarnya... Ippho Santosa, saya banyak belajar dari dia tentang kesuksesan, tentang 7 keajaiban rejeki dan percepatan rejeki... dari seminarnya ada satu hal yang sangat berkesan bagi saya.. ternyata untuk sukses berbakti kepada orang tua adalah hal yang sangat pokok dan tak bisa ditawar, kalo impian dan kehendak kita sudah selaras dengan orang tua tentu semua akan dimudahkan. berkaiatan dengan hal ini saya mempunyai cerita dan pengalaman pribadi tentang bagaimana keridhoan orang tua itu sangat manjur.. Cerita pertama adalah ketika saya selesai menamatkan pendidikan Mts/SMP saat itu Ibunda menyarankan saya untuk masuk sekolah SMK/SMEA, tapi saya bersikeras untuk bersekolah di Madrasah Aliyah, tak berapa lama sayapun mendaftarkan diri dan berhasil masuk tanpa tes, masa orientasi siswa pun saya jalani, dihari ke empat masa orientasi mengharuskan semua siswa baru untuk berma...

Rio..oh pakde

Gue kangen lu...pak de.. Pakde...gue yang satu ini..sungguh luar biasa, super sabar uy.... orangnya..komting terbaik gue..neh... pendiam..tapi cool men... ga pernah marah...tapi sekali marah...wow...luar biasa.... ini foto pakde lagi nyantai pulang kuliah sama pas liburan dulu...